˄

15.11.2018
Menerima Mengadap Ketua Delegasi MABIMS Ke-18



​Bandar Seri Begawan, Khamis, 15 November 2018 - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan berkenan menerima mengadap Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura yang berada di Negara Brunei Darussalam bagi menghadiri Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) Ke-18.

Manage PermissionsManage Permissions
Attachments