˄

28.10.2020
PERTEMUAN MENTERI-MENTERI AGAMA MABIMS & MESYUARAT PEGAWAI-PEGAWAI KANAN SOM SECARA MAYA



KONGSI PENGAWALAN COVID 19, DISULAMI DOA, ZIKIR.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Oktober. - Di Negara Brunei Darussalam (NBD), langkah dan tindakan pencegahan juga mengawal jangkitan wabak COVID-19 itu adalah berpaksikan pandangan profesional perubatan dan kesihatan dengan justifikasi hukum syarak.  Alhamdulillah, semua ini adalah berkat kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddinWaddaulah, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalam.  Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama,Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman pada Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) yang bersidang secara maya.

Manage PermissionsManage Permissions
Attachments