˄
http://mabims-poc.egc.gov.bn/SiteCollectionImages/profile/mabims_02.jpg


Yang Berhormat Encik Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad



MENTERI PEMBANGUNAN SOSIAL DAN KELUARGA, MENTERI KEDUA KESIHATAN DAN MENTERI BERTANGGUNGJAWAB BAGI HAL EHWAL MASYARAKAT ISLAM

Yang Berhormat Masagos Zulkifli dilantik sebagai Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab Bagi Masyarakat Islam, Republik Singapura pada 27 Julai 2020.

Encik Masagos menyertai politik pada 2006, sebagai Anggota Parlimen untuk Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Tampines, Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kanan untuk Kementerian Pendidikan pada tahun yang sama.

Encik Masagos memulakan kerjayanya di Singapore Telecommunications Limited pada 1988 dan terakhir memegang Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, Pejabat Global SingTel sebelum menceburi bidang politik.  Dari 2008 hingga 2014, Encik Masagos juga memegang jawatan lain dalam Pemerintah termasuk di Kementerian Hal Ehwal Luar dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Manage PermissionsManage Permissions
Attachments