˄
Yang Mulia Tuan Kadir Maideen


Yang Mulia Tuan Kadir Maideen



KETUA EKSEKUTIF, MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA (MUIS)

Tuan Kadir Maideen dilantik sebagai Ketua Eksekutif Muis dalam pengumuman yang dibuat pada bulan September 2021. Beliau sebelum itu menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Eksekutif Muis sejak awal 2021. Dalam tugasan sebagai Timbalan, beliau menerajui sektor Pendidikan Agama, Pendekatan Strategik, Perundangan dan Sumber Manusia.

 

Sebagai Timbalan Ketua Eksekutif, Tuan Kadir memberi bimbingan dalam proses pembangunan dasar serta mengkoordinasi gerak kerja sektor-sektor di bawah penyeliaan beliau.

 

Sebelum menyertai Muis, Tuan Kadir merupakan seorang Kolonel dan kemudiannya Penolong Pesuruhjaya dalam pasukan Pertahanan Awam Singapura (Singapore Civil Defence Force) dengan 26 tahun pengalaman dalam pasukan tersebut.

 

Beliau meraih sarjana muda dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Teknologi Nanyang dan kemudian sarjana dalam bidang Pentadbiran Sains dalam Risiko, Krisis dan Bencana dari Universiti Leicester, Kerajaan Bersatu (United Kingdom).

Attachments