˄

09.10.2019
MESYUARAT JAWATANKUASA PAKAR FALAK MABIMS



Rabu, 09hb Oktober 2019M-Seramai empat (4) orang perwakilan Negara Brunei Darussalam telah berlepas ke Yogyakarta, Republik Indonesia pada Hari Isnin, 07 Oktober 2019M lalu bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pakar Falak bagi Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura MABIMS yang akan berlangsung pada 08 hingga 10 Oktober 2019M bertempat di Hotel Grand Keisha, Yogyakarta, Republik Indonesia.

Rombongan yang menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pakar Falak MABIMS tersebut ialah Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, selaku Ketua Rombongan; Awang Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim, Ketua Bahagian Antarabangsa dan MAIBMS; Pengiran Dr. Haji Badaruddin bin Pengiran Abdul Rahman, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Jabatan Perdana Menteri dan Awang Haji Khairul Abidin bin Haji Sulaiman, Juruukur, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.

Attachments