Mesyuarat SOM Kali 43 disambung dengan Agenda seterusnya iaitu Pembentangan Kertas Laporan Bidang Kerjasama Bidang Kerjasama 1: "Memperkasa Kehidupan Beragama" Oleh: Negara Brunei Darussalam, Bidang Kerjasama 2: "Membangun Potensi Belia" Oleh: Republik Indonesia, Bidang Kerjasama 3: "Meningkatkan Taraf Hidup Umat Islam Yang Memerlukan" Oleh: Malaysi, Bidang Kerjasama 4: "Meningkatkan Modal Insan Umat Islam" Oleh: Republik Indonesia, Bidang Kerjasama 5: "Meningkatkan Harmonisasi Masyarakat" Oleh: Republik Singapura, Bidang Kerjasama 6: "Memperluas Peranan MABIMS Ke Dunia Luar" Oleh: Malaysia, Bidang Kerjasama 7: "Menyelaras Rukyah dan Takwim Islam MABIMS" Oleh: Republik Indonesia, Bidang Kerjasama 8: "Memperkasa Penyelarasan Halal MABIMS" Oleh: Malaysia.
Mesyuarat diteruskan lagi dengan pembentangan KERTAS TAMBAHAN 1 : "Melebar Risalah Menyantuni Ummah" Oleh: Malaysia dan Meneliti Draf Minit Mesyuarat SOM Bagi MABIMS Kali Ke-43.
Sebelum mesyuarat berakhir, semua Ketua-Ketua SOM dari Republik Indonesia, Malaysia, Republik Singapura dan Negara Brunei Darussalam memberikan Ucapan Penangguhan.
Mesyuarat diakhiri dengan Penyampaian Cenderahati kepada Ketua-Ketua SOM dan semua perwakilan bagi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan SOM Kali ke 43.