˄

27.11.2019
SEMINAR MANAJEMEN PENDIDIKAN ISLAM NEGARA MABIMS



Rabu, 27 November 2019M – Seramai dua (2) orang perwakilan Negara Brunei Darussalam kini berada di Republik Indonesia bagi menghadiri Seminar Manajemen Pendidikan Islam Negara MABIMS. Perwakilan negara diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Yang Mulia Awang Mohammad Ahsanul Azmi Bin Haji Sarbini, Ketua Bahagian Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Seminar ini bermula pada 27 hingga 29 November 2019 yang berlangsung di Hotel Santika Premiere Bintaro Tangerang Selatan, Banten, Republik Indonesia.

Attachments