˄

08.12.2021
PERTEMUAN TAHUNAN TIDAK RASMI MENTERI-MENTERI AGAMA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, REPUBLIK INDONESIA, MALAYSIA DAN REPUBLIK SINGAPURA (MABIMS) SECARA MAYA (VIRTUAL MEETING) TAHUN 2021



3 JAMADILAWAL 1443H / 8 DISEMBER 2021

Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) telah bersidang secara maya melalui Persidangan Video di Kementerian Hal Ehwal Ugama lewat  pagi tadi. Pada tahun ini, Pertemuan MABIMS telah diadakan secara maya (Virtual Meeting), dan ianya dipengerusikan oleh Wakil Menteri Agama Republik Indonesia, Dr.H.Zainut TAUHID Sa'adi yangmana pada tahun ini Republik Indonesia adalah selaku  tuan rumah.

Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) tahun ini juga disertai oleh Yang Berhormat Oknha Datuk Dr Othsman Hassan, Menteri Senior Bertanggungjawab Atas Misi Khusus Urusan Islam, Negara Kemboja selaku Negara Permerhati.

Pertemuan diperingkat Menteri-Menteri Agama MABIMS secara maya ini adalah bagi menggantikan Pertemuan MABIMS Kali Ke-19 secara fizikal di Republik Indonesia pada tahun ini, yang disebabkan keadaan semasa berkaitan dengan pandemic COVID-19.

Pertemuan MABIMS ini juga merupakan kesempatan Negara Brunei Darussalam untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara negara-negara anggota yang pada kali ini dihadiri oleh menteri Menteri  agama yang baru dari Malaysia dan Republik Indonesia sendiri, disamping obligasi dan tanggungjawab sebagai negara anggota MABIMS yang merupakan dukungan serta komitmen negara kepada program-program MABIMS.

YB-Brunei.jpg

Mengetuai Negara Brunei Darussalam di Pertemuan MABIMS tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Turut sama hadir di Pertemuan MABIMS tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama beserta beberapa Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Pertemuan MABIMS secara maya pagi tadi dimulakan dengan ucapan sambutan daripada Menteri-Menteri Agama negara anggota MABIMS dan diikuti dengan Majlis Pelancaran Buku Rancangan Strategik MABIMS Tahun 2021-2025 yang dirasmikan Bersama oleh keempat-empat Menteri Agama MABIMS.

Rancangan Strategik MABIMS yang diselaraskan oleh Negara Brunei Darussalam ini diharapkan akan mendatangkan impak yang ketara khususnya dalam bidang-bidang yang berkepentingan seperti pendidikan, da'wah, harmonisasi  masyarakat dan pemantap syaksiah belia Islam di rantau MABIMS melalui perancangan dan inisiatif yang akan menjadi dukungan silang dan nilai tambah antara satu dengan yang lain, yang setentunya menjadi perkara utama dalam Perkhidmatan  Ugama di rantau MABIMS ini.

Seterusnya serah terima tugas negara penghubung tetap dari Negara Brunei Darussalam kepada Republik Indonesia bagi tempoh 2021–2023 dan penetapan negara tuan rumah bagi Mesyuarat SOM MABIMS Kali Ke-46 tahun 2022 kepada Malaysia dan bagi Mesyuarat SOM MABIMS Ke-47 dan Pertemuan MABIMS Ke-20 pada tahun 2023 kepada Republik Singapura.

MABIMS.jpg

MABIMS 1.jpg

Attachments